Sunday, May 26

"Apa hukum bunuh diri?" Jawabku: "Sunat"

Aku hendak ceritakan tentang satu mesej yang sampai padaku pada telefon bimbitku... katanya:

"Tuan Syeikh.. Apa hukum membunuh diri?"

Lalu, aku pun terus hubungi si penanya tadi, seorang lelaki yang masih berada pada umur mudanya menjawab panggilanku.

Aku katakan kepadanya: "Maaf, saya tak faham soalan kamu itu.. Boleh ulangkan balik soalan itu?"

Maka dia pun jawab dengan nada tidak puas hati: "Soalannya jelas... Apa hukum bunuh diri?"

Aku ingin buat dia terkejut lalu aku pun jawab dengan jawapan yang dia tak akan terfikir, tergelak aku dibuatnya..

Aku kata padanya: "Sunat (Mustahab)."

Dia terus memekik: "Apa dia??!!!"

Aku sambung lagi: "Apa pandangan kamu kalau kita saling membantu menyekat jalan untuk kau membunuh diri?"

Pemuda itu terdiam...

Kataku lagi: "Baiklah.. Kenapa kamu nak bunuh diri?"

Katanya: "Kerana saya tidak mempunyai sebarang pekerjaan.. Orang ramai pun tidak suka pada saya.. Dan saya ini  asalnya memang seorang insan yang gagal.. Dan.."

Dia meneruskan lagi menceritakan kepadaku kisahnya yang panjang, dia ceritakan tentang kegagalannya dalam membina diri sendiri.. Ketiadaan persediannya untuk mencapai apa yang sudah berada di depan matanya sahaja, apa yang dia mampu untuk gapai...

Dan perkara inilah yang menimpa orang ramai.. Kenapa kita pandang pada diri kita dengan pandangan materialistik? Dengan pandangan duniawi?

Kenapa kita  menghalakan pandangan kita ke arah mereka yang berada di puncak kejayaan dan melihat diri kita sendiri tidak mampu untuk berjaya sebagaimana mereka berjaya.. ataupun paling kurang, mendaki ke arah puncak sebagaimana mereka mendaki?

Sekarang, engkau tahu atau tidak, orang-orang yang tidak akan terkesan dengan artikel motivasi ini, ataupun dengan mana-mana medium motivasi lain??!!

Iaitu orang yang miskin jiwa yang menyerah diri sahaja terhadap kelemahan-kelemahan dia dan berpuas hati dengan keadaan diri dia itu, orang yang mengatakan: "Inilah diriku yang sebenarnya, aku memang membesar sebegini.."

"Aku dah biasa dengan keadaan ini.. Dan tak mungkin aku mampu mengubah jalan hidupku ini.. Orang ramai pun dah biasa melihat aku sebegini.."

"Aku nak jadi seperti (Si Fulan) dalam cara interaksi dia? Atau (Si Fulan) dari segi cerianya? Atau (Si Fulan) sebagaimana orang ramai suka kepadanya? Semua itu mustahil...."

Suatu hari, aku pernah duduk bersama seorang lelaki yang sangat tua.. dalam satu majlis awam, setiap orang dalam majlis itu biasa-biasa sahaja.... Lelaki tua itu seperti tertarik dengan apa yang dibual-bualnya bersama orang di sebelahnya...

Dia tidak bergaul dengan orang-orang yang ada dalam majlis itu dengan pergaulan yang munasabah bagi mereka kecuali seorang sahaja dari kalangan mereka, itupun sebab seorang itu diberi penghormatan hanya kerana umurnya yang sudah tua...

Aku hanya memberi ucapan yang ringkas sahaja.. berkisar tentang sebuah fatwa Syeikh Abdullah bin Baz.. Maka tatkala aku tamat dari ucapanku, orang tua tadi berkata kepada aku dengan bangganya: "Saya dan Syeikh bin Baz dahulu belajar bersama-sama di sebuah masjid bawah Syeikh Muhammad bin Ibrahim.. 40 tahun dahulu.."

Aku berpaling menghadap kepadanya... Ketika itu mukanya ceria gembira kerana perkara itu... Dia sangat gembira kerana dia pernah menjadi sahabat kepada seorang lelaki yang telah berjaya.. Aku pula hanya mengulang dalam diriku: "Dan kenapa engkau wahai orang yang miskin jiwa, engkau masih tak berjaya seperti bin Baz? Selama ini engkau tahu jalannya tapi engkau masih tak sampai lagi?"

Kenapa ketika meninggalnya Ibn Baz, minbar-minbar masjid mengenganginya.. mihrab-mihrab, perpustakaan-perpustakaan.. Dan ada juga mereka yang bergembira dengan kematiannya..
Padahal, engkau juga akan mati suatu hari nanti, tiada orang yang akan menangisi kau melainkan sekejap sahaja ataupun kerana ia satu kebiasaan sahaja!!

Setiap dari kita kadang kala  mengatakan: "Aku kenal si fulan tu.." "Aku pernah berkawan dengan dia.." "Aku pernah duduk bersama dengan dia.."

Ini bukanlah satu kebanggaan.. Kebanggaan itu hanyalah apabila engkau berjaya ke puncak kehidupan sebagaimana mereka berjaya...

Jadilah JUARA dan berazamlah dari sekarang agar kau tepati pada perkara yang engkau akan berasa puas dengannya...

Jadilah ORANG YANG BERJAYA...

Tukarkanlah muram pada mukamu itu menjadi senyuman...

Dan layanan sejukmu kepada layanan mesra..

Kedekutnya kamu kepada pemurah...

Sifat panas baranmu menjadi sifat lemah lembut...

Jadikanlah musibah-musibahmu satu kegembiraan...

Dan iman kamu itu sebagai senjata..

Berseronok, bergembiralah dengan hidup kamu...

Kerana hidup itu singkat sahaja, tiada masa untuk berdukacita...

(Diterjemahkan dan disunting daripada buku "Istamti' Bihayatik" iaitu Berseronoklah Dengan Hidup Kamu karangan Dr. Muhammad bin Abdul Rahman Al-Arifi)


Saturday, March 9

Keburukan Kenyang dan Banyak Makan


ELOK ATAU TIDAK SEBENARNYA KENYANG SANGAT NI???

MARI SAMA-SAMA TENGOK APA KATA ULAMA

Dituntut supaya menjauhkan diri dari kenyang sangat kerana beberapa perkara namun yang disenaraikan hanyalah 10 sahaja:-

  1. SEBAB BAGI KERASNYA HATI
  2. MENDORONG SEGALA ANGGOTA BADAN PADA PERKARA YANG SIA-SIA DAN JAHAT
  3. MENGHILANGKAN KECERDIKAN DAN KEPANDAIAN DAN SEBAB BAGI KURANG FAHAM DAN PENGETAHUAN
  4. SEBAB BAGI SEDIKIT IBADAH, KERANA MANUSIA APABILA MEMBANYAKKAN MAKAN AKAN BERAT BADANNYA DAN NGANTUK MATANYA
  5. SEBAB KETIADAAN KELAZATAN MENGERJAKAN IBADAH
  6. DITAKUTI TERCAMPUR PERKARA YANG HARAM DAN SYUBHAH(KESAMARAN HALALNYA)
  7. MENYUSAHKAN (pada pandangan saya yang dhoif maknanya meresahkan) HATI DAN MEMENATKAN BADAN KERANA SIBUK DALAM MENCARI, MENYEDIAKAN, MEMAKAN DAN MENGHILANGKAN MUDHARAT (seperti racun semula  jadi) DARI MAKANAN
  8. SEBAB BAGI BERTAMBAHNYA SAKIT SAKRATUL MAUT
  9. MENGURANGKAN PAHALA AKHIRAT
  10. MEMBEBANKAN DI HARI KIAMAT KERANA DIHISAB SETIAP SATU APA YANG KITA MAKAN

Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al-Ghazzali Ath-Thusi yang menukilkan sepuluh perkara ini dalam kitabnya yang bernama Minhajul Abidin Ila Jannati Rabbi Al-Alamin (Manhaj Para Hamba Ke Syurga Tuhan Sekalian Alam)

jeng jeng jeng.. jadi amacam??? nak makan manyak2 lagi ker lepas ni... renungkan dan amalkan...

Sumber: Kitab Penawar Bagi Hati Karangan Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili Al-Indunisi Terbitan Matbaah Bin Halabi

Wednesday, December 12

Jadilah Diri Anda Sendiri! - Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni

Ada tiga kecenderungan yang akan dialami oleh manusia  dalam hidupnya, iaitu kecenderungan untuk mengikut, kecenderungan memilih dan kecenderungan mencipta. Yang dimaksudkan dengan kecenderungan mengikut ialah meniru sikap orang lain, mengenakan peribadi mereka, dan menyerupai sifat-sift mereka hingga melebur diri mereka. Timbulnya kecenderungan ini ialah kerana rasa kagum dengan orang lain, bergantung padanya dan sangat menyukainya. Bila kecenderungan ini berlebihan, ia benar-benar akan mendorong sebahagian dari mereka untuk meniru semua yang dilakukan oleh orang yang dikaguminya, baik dalam hal gerakan, lirikan [mata], cara bercakap, cara menoleh, mahupun lain-lainnya. Bila seseorang sampai pada tahap meniru seperti ini, sama saja ia mengubur hidup-hidup peribadi sendiri dan membunuh potensi yang ada dalam dirinya. Alangkah menderitanya mereka dengan apa yang mereka lakukan.. Mereka berlawanan dengan arah dirinya dan berjalan mundur ke belekang. Bagaiman tidak demikian, kerana seseorang dari mereka meninggalkan peribadinya sendiri untuk meniru cara bercakap orang lain dan meninggalkan kemahuan dirinya untuk meniru kemahuan orang lain. Alangkah baiknya seandainya sikap meniru ini berkenaan dengan sifat-sifat terpuji yang dapat memperkayakan pembendaharaan usia yang dijalani dan memberikan nilai tambah yang banyak pada keluhuran dan ketinggian diri, seperti ilmu, kemuliaan, kesabaran dan sebagainya. Akan tetapi, anda akan terkejut apabila ternyata mereka hanya akan meniru-niru gaya bicara, cara penyampaian dan isyarat tangan orang yang mereka kagumi.

Saya ingin menegaskan sekali lagi apa yang pernah saya kemukan di depan, bahawa anda adalah makhluk yang unik. Anda akan dikenali melalui sifat dan kemampuan anda sendiri. Sejak menciptakan Adam hingga nanti mengakhiri perjalanan alam ini, tidak akan ada dua orang yang sama seperti dengan yang lain dalam bentuk fizikal.

...(di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah pencipta[an] langit dan bumi) dan berlainannya bahasa kalian dan warna kulit kalian.. (Ar-Rum: 22)

Pertanyaan kemudian: Mengapa kita ingin sama dengan orang lain dalam sifat, bakat dan kemampuan?

Sesungguhnya kemerduan suara anda akan menjadi ciri khas tersendiri. Keindahan penyampaian anda akan menjadi ciri khas yang membezakan dari yang lainnya.

... dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka ragam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. (Fathir: 27)

Nota: [..] adalah tambahan daripada penyunting.

Sumber: La Tahzan; Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni; Cetakan Al-Hidayah Publishing; Penterjemah: Noraine Abu; Cetakan Kedua 2008

Wallahu A'lam