Orang yang terkedepan dalam ilmu Bahasa Arab dan Syeikh dalam bidang Nahu yang kepadanya orang merujuk.
Mempunyai karangan dalam ilmu Nahu yang dinamakan "Al-Kitab" iaitu kitab kaedah-kaedah yang pertama yang menyusun kaedah-kaedah Bahasa Arab.
Sibawaih asalnya seorang berbangsa Parsi. Dilahirkan di bandar Al-Baidha' berhampiran dengan Syiraz di negara Parsi pada tahun 148 Hijrah. Beliau adalah seorang yang tampan dan menjaga kebersihan, setiap orang yang menemuinya akan terbau bau yang wangi. Ibunya dari kecil lagi telah memanggilnya dengan Sibawaih iaitu satu perkataan dalam Bahasa Parsi yang bermaksud: bau epal kerana wanginya bau epal.
Dalam adab penuntut ilmu bersama guru-guru mereka dan keazaman seorang muslim yang benar niatnya dalam menghasilkan perkara yang manfaatkannya Sibawaih telah mengatakan: "Bukannya salah, aku akan tuntut ilmu sampai engkau tidak mengatakan aku silap dalam ilmu itu"
Sibawaih telah mengembara ke Basrah ketika masih kecil lagi dan membesar di sana. Berbekalkan keinginan yang kuat untuk menghasilkan ilmu, dia mulai belajar Hadis dan Fiqh dan sentiasa melazimi para fuqaha dan ahli-ahli hadis. Kemudiannya beliau mula bertalaqqi ilmu pada para ulama. Beliau telah belajar bawah Hammad ibn Salamah Mufti Basrah, Al-Akhfash Al-Akbar (salah seorang Imam dalam ilmu bahasa Arab dan nahu). Adapaun Al-Khalil ibn Ahmad maka beliau merupakan tuan guru besar bagi Sibawaih sehinggakan pernah sekali Sibawaih datang menemui gurunya Al-Khalil maka berkata gurunya: Selamat Datang diucapkan kepada penziarah yang tak dijemui. Adalah gurunya itu sangat sayang pada Sibawaih.
Berterusan Sibawaih sebegini sehinggalah dia pun menjadi seorang guru dan mempunyai pelajar-pelajar yang mengilinginya dan mengambil ilmu daripadanya. Antara pelajar-pelajarnya ialah: Abu Al-Hasan Al-Akhfash.
Beliau telah karang sebuah buku yang besar dalam ilmu Nahu dan namakannya "Al-Kitab". Beliau himpunkan dalamnya setiap apa yang beliau dengar daripada gurunya Al-Khalil ibn Ahmad dan selainnya dalam ilmu ini. Selepas dari itu kitab itu telah masyhur dengan nama "Kitab Sibawaih".
Beliau ditimpa sakit dan meninggal dunia di Syiraz pada tahun 796 Masihi selepas meninggalkan impak yang besar dalam dunia ilmu supaya semua orang dapat memanfaatkannya tak kira zaman atau tempat.
Diterjemah dan disunting daripada:-
1) Sumber asal: http://www.yabeyrouth.com/pages/index770.htm
2) Siyar 'Alam An-Nubala : http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1387&idto=1387&bk_no=60&ID=1288
3) Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Sibawayh