Ada tiga kecenderungan yang akan dialami oleh manusia dalam hidupnya, iaitu kecenderungan untuk mengikut, kecenderungan memilih dan kecenderungan mencipta. Yang dimaksudkan dengan kecenderungan mengikut ialah meniru sikap orang lain, mengenakan peribadi mereka, dan menyerupai sifat-sift mereka hingga melebur diri mereka. Timbulnya kecenderungan ini ialah kerana rasa kagum dengan orang lain, bergantung padanya dan sangat menyukainya. Bila kecenderungan ini berlebihan, ia benar-benar akan mendorong sebahagian dari mereka untuk meniru semua yang dilakukan oleh orang yang dikaguminya, baik dalam hal gerakan, lirikan [mata], cara bercakap, cara menoleh, mahupun lain-lainnya. Bila seseorang sampai pada tahap meniru seperti ini, sama saja ia mengubur hidup-hidup peribadi sendiri dan membunuh potensi yang ada dalam dirinya. Alangkah menderitanya mereka dengan apa yang mereka lakukan.. Mereka berlawanan dengan arah dirinya dan berjalan mundur ke belekang. Bagaiman tidak demikian, kerana seseorang dari mereka meninggalkan peribadinya sendiri untuk meniru cara bercakap orang lain dan meninggalkan kemahuan dirinya untuk meniru kemahuan orang lain. Alangkah baiknya seandainya sikap meniru ini berkenaan dengan sifat-sifat terpuji yang dapat memperkayakan pembendaharaan usia yang dijalani dan memberikan nilai tambah yang banyak pada keluhuran dan ketinggian diri, seperti ilmu, kemuliaan, kesabaran dan sebagainya. Akan tetapi, anda akan terkejut apabila ternyata mereka hanya akan meniru-niru gaya bicara, cara penyampaian dan isyarat tangan orang yang mereka kagumi.
Saya ingin menegaskan sekali lagi apa yang pernah saya kemukan di depan, bahawa anda adalah makhluk yang unik. Anda akan dikenali melalui sifat dan kemampuan anda sendiri. Sejak menciptakan Adam hingga nanti mengakhiri perjalanan alam ini, tidak akan ada dua orang yang sama seperti dengan yang lain dalam bentuk fizikal.
...(di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah pencipta[an] langit dan bumi) dan berlainannya bahasa kalian dan warna kulit kalian.. (Ar-Rum: 22)
Pertanyaan kemudian: Mengapa kita ingin sama dengan orang lain dalam sifat, bakat dan kemampuan?
Sesungguhnya kemerduan suara anda akan menjadi ciri khas tersendiri. Keindahan penyampaian anda akan menjadi ciri khas yang membezakan dari yang lainnya.
... dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka ragam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. (Fathir: 27)
Nota: [..] adalah tambahan daripada penyunting.
Sumber: La Tahzan; Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni; Cetakan Al-Hidayah Publishing; Penterjemah: Noraine Abu; Cetakan Kedua 2008
Wallahu A'lam
Mencari panduan dalam meniti arus kehidupan. Di situlah wujudnya contoh tauladan.
Wednesday, December 12
Wednesday, December 5
Umat Islam Memerlukan Fiqh Keutamaan- Syeikh Yusuf Al-Qardhawi
KEKACAUAN NERACA FIQH KEUTAMAAN
Orang yang mahu mengamati kehidupan dalam pelbagai aspeknya, sama ada aspek material mahupun bukan material, pemikiran atau sosial, ekonomi dan politik, atau lainnya, maka [dia] akan mendapati kekacauan yang serius dalam hal membuat neraca (timbangan).
Di seluruh negeri Arab dan Islam kita menemukan pelbagai kenyataan yang sungguh menghairankan, iaitu adanya kecenderungan mendahulukan hal-hal yang berkaitan dengan masalah seni dan kemewahan materi daripada perkara yang terkait dengan masalah ilmu dan pendidikan.
Dalam kaitannya dengan aktiviti pemuda misalnya, kita melihat kenyataan bahawa sukan selalu memperoleh perhatian yang lebih daripada latihan intelektual (intellectual exercise). Seolah-olah pengertian penjagaan aset pemuda hanya identik dengan pemeliharaan aspek fizikal mereka. Apakah manusia itu fizikalnya atau akalnya dan jiwanya?
Kita dahulu pernah menghafal syair yang dikarang oleh Abu Fath Al-Basti yang amat popular, iaitu:-

يا خادم الجسم كم تسعى لخدمته
أتطلب الربح مما فيه خسران؟
أقبل على النفس واستكمل فضائلها
فأنت بالنفس لا بالجسم إنسان
"Wahai pengkhianat tubuh, berapa banyak engkau telah berupaya berkhidmat untuknya.
Apakah engkau mencari keuntungan dari sesuatu yang di dalamnya terdapat suatu kerugian?
Hadaplah pada jiwa dan sempurnakanlah kelebihan-kelebihannya.
Sebab engkau manusia kerana jiwa bukan kerana fizikal."
Sebelum itu kita juga menghafal sebuah syair dari Zahir bin Abi Salmah:-
لسان الفتي نصف، ونصف فؤاده
فلم يبق إلا صورة اللحم وألدم
فلم يبق إلا صورة اللحم وألدم
"Lidah pemuda adalah setengah dan setengah lainnya adalah hatinya;
maka tidak ada lagi yang tersisa kecuali gambaran daging dan darah."
Akan tetapi kita lihat sekarang bahawa manusia ternyata lebih mementingkan kekuatan jasmani daripada segala sesuatu.
Pada musim panas tahun lepas (1993), di Mesir, tidak ada isu yang lebih ramai diperbincangkan selain perpindahan seorang atlet. Berlaku persaingan antara beberapa kelab sehingga melonjak harganya naik sehingga mencapai tiga perempat juta pound (mata wang mesir).
Alangkah baiknya jikalau mereka mementingkan semua jenis sukan, khususnya cabang-cabang yang bermanfaat bagi masyarakat dalam kehidupan mereka sehari-hari. Namun. ternyata mereka lebih mementingkan sukan yang berbentuk persaingan (pertandingan), khasnya bola sepak yang dimainkan beberapa orang sahaja, sementara orang ramai yang lain hanya menjadi penonton.
Di sisi lain, kita juga melihat kenyataan bahawa ternyata para bintang
masyarakat dan nama-nama orang yang dianggap cemerlang di mata mereka
bukanlah para ulama, pendidik, pemikir atau pendakwah, akan tetapi
orang-orang yang mereka sebut adalah artis, seniman, atlet dan
sejenisnya.
Tidak ada topik yang lebih menarik bagi surat khabar, majalah, televisyen dan radio kecuali membincangkan tentang mereka, aktiviti, "kepahlawanan", pertualangan dan pelbagai informasi yang remeh. Sementara informasi lainnya sering kali diabaikan dan dilupakan.
Jika ada seniman meninggal dunia, maka bumi ini berasa bergetar-getar dan halaman-halaman surat khabar dipenuhi berita seputar itu. Tetapi jika seorang ulama, pujangga atau seorang guru besar meninggal, hampir tidak seorang pun merasakannya.
Dalam aspek kewangan, dikeluarkan sejumlah dana yang besar untuk keperluan sukan, seni, media massa dan menjaga stabiliti keamanan penguasa yang sering mereka sebut sebagai "stabiliti nasional", sehingga seorang tidak dapat menentang atau menyoalkan "Untuk apa semua ini?".
Sementara di sisi lain, sektor pendidikan, kesihatan, keagamaan, dan batuan-bantuan terhadap keperluan asas mengeluh kerana kekurangan dana. Kalaulah ada pengajuan dana untuk sektor ini, maka alasan yang muncul adalah tidak ada peruntukan sehingga perlu ada penjimatan. Padahal yang sebenarnya berlaku adalah seperti dikatakan orang, "Di sini berlaku penjimatan dan di sana berlaku pembaziran". Hal ini serupa dengan apa yang pernah diungkapkan Ibnu Muqaffa', "Aku tak pernah melihat suatu pembaziran kecuali di pihak yang lain terdapat hak yang diabaikan".
Nota: [...] adalah tambahan daripada penyunting.
Dipetik dan disunting daripada:-
Fiqh Keutamaan (Fiqh Aulawiyyat); Yusuf Al-Qardhawi; Perniagaan Jahabersa; Cetakan Kedua: 2010
Muka surat 9-11.
Wallahu 'Alam

Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani
Koleksi Tulisan Allahyarham Wan Mohd. Shahgir Abdullah
Syeikh Daud bin Abdullah (1769-1847) ialah seorang tokoh ulama Melayu yang mengembangkan syiar Islam di Nusantara. Kedudukan Nusantara di antara jalan perdagangan tanah Arab dengan negara China merupakan peluang yang membenarkan wilayah ini menjadi satu kuasa bertaraf antarabangsa yang dipengaruhi oleh idea dan kebudayaan daripada bangsa Arab, India dan China.
Nama penuh beliau ialah Al-Alim Al-Allamah Al-Arif Ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris (juga dikatakan Wan Senik) Al-Fathani. Ibunya bernama Wan Fathimah anak Wan Salamah bin Tok Banda Wan Su bin Tok Kaya Rakna Diraja bin Andi (Faqih) Ali Datok Maharajalela bin Mustafa Datu Jambu (Sultan Abdul Hamid Syah) bin Sultan Muzaffar Waliyullah bin Sultan Abu Abdullah Umdatuddin.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Syeikh Daud Patani ini mempunyai lima beradik iaitu Syeikh Wan Abdul Qadir, Syeikh Wan Abdul Rasyid, Syeikh Wan Idris dan seorang adik perempuan namanya Siti Khadijah bin Abdullah Al-Fathani.
Syeikh Daud Al-Fathani adalah keturunan Faqih Ali. Rujukan asal mengatakan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani berketurunan Faqih Ali diperolehi [daripada] tulisan Nik Mahmud Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan iaitu: "Syahdan dan pada suatu masa bulan sedang mengambang di tepi langit, tersebutlah cerita anak rajaa Bugis lari daripada saudaranya menumpang sebuah bahtera sampai ke Johor dan tumpang duduk berkirim diri rumah Laksamana Kota Tinggi. dipanggil Andik Ali."
"Tatkala Laksamana memandang kepadanya berasalah kasihan belas dan dipeliharanya sebagai anak angkatnya sendiri. Tidak berapa tahun kemudian diperjodohkan dengan anaknya Wan Tija. Tidak berapa lama selepas itu Andik Ali serta dengan isterinya pun beredar ke Patani menumpang di rumah Mekong Damit Kampung Bira pada tahin 1049 H."
"Maka kerana lemah-lembut tingkah lakunya dan berpelajaran, orang di Patani memanggilnya Faqih Ali. Di Situ ia beristeri kepada Ce' Dewi anak Sri Bija Diraja. Baginda sampai di Patani kira-kira tahun 1637 Masihi."
Berbalik kepada Syeikh Daud Al-Fathani, beliau dilahirkan di Kampung Parit Marhum, Kerisek, Patani. Kota Kerisik ini terkenal dalam sejarah kerana di sinilah Maulana Malik Ibrahim iaitu salah seorang Wali Songo pernah tinggal dan mengajar, sebelum berpindah ke Jawa Timur.
Tahun kelahirannya tidak dapat dipastikan kerana terdapat perselisihan pendapat di kalangan penyelidik mengenainya. Dalam catatan-catatan beberapa keluarga penulis yang ada hubungan dengan beliau, ada yang mencatat tahun 1133 H, 1153 H dan tahun 1183 H.
Syeikh Daud dan Ilmu Pengetahuan
Ayah Syeikh Daud iaitu Syeikh Wan Abdullah dan datuknya Syeikh Wan Idris adalah ulama besar untuk zamannya. Sejak kecil Syeikh Daud Al-Fathani ditanam dan dididik dengan ajaran Islam oleh datuk dan ayahnya.
Tambahan pula menjadi tradisi zaman itu di Patani sentiasa diperkenalkan Islam sejak kanak-kanak lagi. Anak-anak yang berumur lima atau enam tahun dipaksa supaya menghafal pengetahuan mengenal Allah (ilmu Tauhid), dan seterusnya diberi pelajaran nahwu dan sharaf juga secara menghafal.
Syeikh Daud Al-Fathani telah melalui kesemua sistem pendidikan tradisional yang ada di Patani ketika itu.
Pada peringkat awalnya Syeikh Daud berguru dengan kaum keluarganya sendiri yang memang terkenal alim. Seorang dari[ada mereka ialah bapa saudaranya, Syeikh Shafiyuddin.
Ada yang berpendapat bahawa Syeikh Daud Al-Fathani menerima pelajaran asasnya di Patani selama lima tahun, kemudian ke Aceh belajar dengan Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Al-Asyi adalah seorang ulama terkemuka di Kesultanan Aceh.
Namun yang dapat dipercayai bahawa Syeikh Daud Al-Fathani dan kawan-kawannya telah belajar di Mekah selama 30 tahun dan lima tahun di Madinah. Disebabkan masa belajar yang lama itu beliau digelar Al-Alim Al-Allamah Al-Arif Ar-Rabbani.
Setelah demikian lama beliau menuntut ilmu pengetahuan, maka beliau pulang ke Patani untuk menyebarkan ilmu pengetahuan di negeri tumpah darah sendiri. Namun timbul krisis peperangan antara Patani dan Siam pada ketika itu.
Diriwayatkan bahawa beliau melibatkan diri dalam peperangan itu, terjun secara langsung di gelanggang jihad fi sabilillah.
Apabila terjadi peperangan tersebut, akhirnya beliau kembali ke Mekah bersama-sama beberapa pelarian politik. Sampai di Mekah, beliau dilantik menjadi Ketua Syeikh Haji dan beliau adalah orang pertama dilantik secara langsung sebagai ketua. Beliau juga melibatkan diri dengan penulisan yang merupakan hobi beliau, di samping mengajar di Masjidil Haram. Karangannya dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan bahasa Arab.
Karangan beliau dalam bahasa Arab tidak banyak tersebar di Asia Tenggara. Adapun dengan bahasa Melayu tersebar secara meluas, walaupun di zamannya masih merupakan kitab tulisan tangan sahaja kerana belum ada yang bercetak.
Dalam beberapa karyanya, beliau mengupas maslah-masalah keilmuan. Antara lain tulisan beliau: "Maka lazimkan olehmu hai saudaraku dengan menuntut ilmu yang fardu ain yang wajib atasmu. Belajar akan dia pada syarak supaya engkau dapat sahkan iktikad kamu dan ibadat kamu. Dan supaya sejahtera daripada seksaNya. Dan supaya engkau akan dapat pahala, keredaan dan kasihNya."
Pada muqaddimah karyanya Bughyatuth Thullahb beliau menulis, ertinya: "Dan adapun kemudian daripada itumaka bahawasanya beberapa nafas yang cerdik-cerdik yang menuntut bagi beberapa martabat yang tinggi-tinggi sentiasa perangainya itu dalam menghasilkan beberapa ilmu syarak."
Beliau juga membuat penafsiran dalam beberapa hadis. Antaranya hadis berikut: "Sedikit Fiqhi itu lebih baik daripada banyak ibadat." Yang ertinya: "Barangsiapa belajar ilmu dan tiada berkehendak dengan dia akan wajah Allah SWT, tiada keranaNya melainkan supaya mengena dengan dia kehendaknya daripada dunia, tiada akan bilik syruga yang ke atas pada hari kiamat."
Beliau mengulas tentang hadis-hadis tersebut dalam Bughyatuth Thullab seperti berikut: "Maka dapat difahami hadis ini, tiada dipuji daripada kelebihan ilmu itu melainkan jikalau ada qasadnya dan tuntutnya itu berkehendak dengan dia akan wajah Allah Subhanallah Wa Taala dan berkehendak ia mengeluarkan dirinya daripada kelam-kabut jahilnya kepada Nur ilmu."
"Maka jika ada qasadnya akan dunia seperti harta atau kebesaran atau gelaran atau kemegahan atau masyhur atau melengkapi muka manusia kepadanya dan lainnya, maka iaitu dicela seperti barang yang tersebut pada hadis itu."
Menurut beliau lagi: "Maka tatkala adalah kelebihan ilmu demikian itu, maka sebenarnya bahawa tiap-tiap orang yang kasih bagi dirinya kebajikan, maka hendaklah ia ijtihad atas kadar kuasa pada menghasilkan dia, kadang-kadang mengaji, kadang-kadang mengajar, kadang-kadang menunjukkan orang yang jahil satu bab daripada masalah memberi manfaat pada agama istimewa pula jikalau lebih lagi."
Daripada kalimat-kalimat beliau itu, dapatlah kita fahami bahawa seseorang Islam yang bertanggungjawab adalah terlebih dahulu memberikan pendidikan agama Islam kepada anak-anaknya. Ini adalah merupakan kewajipan agama Islam.
Adapun pendapat Syeikh Daud Al-Fathani, bahkan ulama-ulama pada zaman lampau lebih terikat dan menitikberatkan pendidikan Islam berbanding pendidikan lainnya. Menurut Islam, yang utama dipelajari ialah belajar akan memberi puasa, hukum zakat, hukum jual beli menurut Islam dan lain-lainnya, semuanya telah diatur dalam fikah Islam.
Syeikh Daud Al-Fathani dalam Bughyatuth Thullab berkata: "Selagi seseorang masih tidak mengerti akan seluk-belok tentang keislaman, maka seseorang itu tetap masih jahil walau pengetahuan lain masih dikuasai demikian rupa."
Kewafatan
Syeikh Daud Al-Fathani wafat dan dimakamkan di Taif. Kuburnya bersampingan dengan kubur Saidina Abdullah Ibnu Abbas iaitu sepupu Rasulullah solla Allahu alaihi wasallam. Tahun kewafatannya juga belum diketahui dengan pasti. Tetapi ada yang berpendapat beliau wafat sekitar tahun 1847 Masihi, juga ada yang menyebut tahun 1265 Hijrah.
Menurut cerita ibu penulis Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad Al-Fathani, beliau mendengar daripada ibunya, Hajah Siti Saudah binti Abdullah bahawa jenazah beliau telah dipindahkan oleh Syeikh Nik Mat Kecik Al-Fathani ke Mekah, ditanam di bawah pohon Bidara di rumahnya.
Hal ini disebabkan pada zaman itu pihak Wahabi akan membongkar semua kubur yang dikeramatkan termasuk kubur Syeikh Daud Al-Fathani.
Bagi penulis, walaupun beliau telah lama meninggal dunia, namun jenazahnya tidak hancur, darah masih berjalan kecuali nafas sahaja yang tiada.
Nota: [...] adalah tambahan daripada penyunting.
Rujukan: Munyatul Musalli (Idaman Orang Yang Solat); Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani; Al-Hidayah Publications; Cetakan Kedua 2012

Saturday, December 1
Al-Imam Yahya ibn Syaraf An-Nawawi
Dialah Al-Imam Al-Hafiz Al-Faqih Al-Muhaddis, Pembela As-Sunnah dan Penentang Bidaah, Muhyiddin Abu Zakaria Yahya ibn Syaraf ibn Muri ibn Hasan ibn Husain ibn Muhammad ibn Jumaah ibn Hizam An-Nawawi Ad-Dimasyqi.
Dilahirkan di Nawa (Syria) -salah sebuah kampung di Hauran, satu kawasan yang besar merangkumi barat daya Syria dan barat laut Jordan, yakni daripada pinggiran Damaskus dan Gunung Hermon di utara sehinggalah ke pergunungan Ajloun di selatan- daripada sepasang ibu bapa yang soleh. Hizam pula merupakan moyangnya yang dahulu telah keluar dari Al-Jaulan (Golan Heights) ke Nawa dan menetap di sana. Allah SWT telah mengurniakannya keturunan sehingga bilangan mereka menjadi banyak dan adalah anatara mereka itu Imam ini.
Sesetengah cendekiawan di negerinya telah melihatnya ketika masih kecil tanda-tanda kebijaksanaan dan kecerdikan. Maka, mereka berjumpa dengan ayahnya dan berpesan kepadanya tentangnya. Ayahnya menggalakkannya dalam menghafaz Quran dan ilmu pengetahuan maka mulalah Imam Nawawi menghafaz Al-Quran dan belajar ilmu Fiqh ketika umurnya masih 10 tahun lagi. Dan mula belajar adab pada tangan para cendekiawan, meninggalkan permainan dan perkara yang melalaikan, fokus pada membaca Quran dan menghafaznya.
Kebetulan pada suatu hari Syeikh Yasin ibn Yusuf Al-Marakisyi lalu di bandar itu, maka dia terlihat kanak-kanak memaksa Imam Nawawi (ketika beliau kecil lagi) untuk bermain bersama tapi beliau lari dari mereka dan menangis kerana paksaan mereka itu. Lalu, beliau baca Quran.
Pada tahun 649 Hijrah ketika umurnya mencecah 19 tahun, Imam Nawawi telah pergi ke Damaskus bersama ayahnya untuk menuntut ilmu dan menetap di Madrasah Ar-Rahawiyah. Beliau telah hafaz kitab (At-Tanbih) dalam 4 bulan setengah, membaca (Al-Muhazzab bagi Asy-Syairazi) pada baki tahun tersebut pada Syeikhnya Al-Kamal Ishaq ibn Ahmad ibn Usman Al-Maghribi Al-Maqdisi iaitu gurunya yang pertama dalam bidang fiqh. Beliau sentiasa melazimi gurunya itu.
Guru-gurunya:-
Bidang Fiqh:-
Tajuddin Abdul Rahman ibn Ibrahim ibn Siba' Al-Fazari
Ishaq ibn Ahmad, Al-Kamal Abu Ibrahim, Muhaddis Madrasah Ar-Rahawiyah
Abu Muhammad Abdul Rahman ibn Nuh ibn Muhammad ibn Ibrahim ibn Musa Al-Maqdisi Ad-Dimasyqi, Mufti Damaskus
Sallar ibn Al-Hasan Al-Irili Al-Halabi Ad-Dimasyqi, Imam Mazhab Syafie pada zamannya
Bidang Usul Fiqh:-
Paling Masyhur daripada mereka: Abu Al-Fath Umar ibn Bundar ibn Umar ibn Ali ibn Muhammad At-Taflisi Asy-Syafie
Bidang Nahu dan Bahasa: -
Asy-Syeikh Abu Al-Abbas Ahmad ibn Salim Al-Misri An-Nahwi Al-Lughawi
Al-Fakhr Al-Maliki
Bidang Hadis:-
Ibrahim ibn Isa Al-Muradi Al-Andalusi Ad-Dimasyqi Al-Imam Al-Hafiz
Zainuddin Abu Al-Baqa' Khalid ibn Yusuf ibn Saad An-Nabulisi Al-Imam Al-Mufid Al-Muhaddis Al-Hafiz
Abdul Aziz ibn Muhammad ibn Abdul Muhsin Al-Ansari Asy-Syafie Syeikhul Syuyukh
Abu Al-Farj Abdul Rahman ibn Abi Umar Muhammad ibn Ahmad ibn Muhammad ibn Qudamah Al-Maqdisi
Imaduddin Abu Al-Fadhail Abdul Karim ibn Abdus Samad ibn Muhammad Al-Harastani Qadhi Al-Qudhoh Dan Khatib Damaskus
Abu Muhammad Taqiyuddin Ismail ibn Abi Ishaq Ibrahim ibn Abi Al-Yusr At-Tanukhi, Ulama Hadis besar
Jamaluddin Abdul Rahman ibn Salim ibn Yahya Al-Anbari Ad-Dimasyqi Al-Hanbali, Al-Mufti
Ar-Radhi ibn Al-Burhan
Zainuddin Abu Al-Abbas ibn Abd Ad-Daim Al-Maqdisi
Jamaluddin Abu Zakaria Yahya ibn Abi Al-Fath As-Sirafi Al-Harrani
Abu Al-Fadhl Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad Al-Bakri Al-Hafiz
Adh-Dhiya' ibn Tamam Al-Hanafi
Syamsuddin ibn Abi Amru dan selainnya dari peringkat zaman ini.
Anak murid:-
'Alauddin ibn Al-Attar
Syamsuddin ibn An-Naqib
Syamsuddin@Syihabuddin ibn Jau'an
Syamsuddin ibn Al-Qammah
Al-Hafiz Jalaluddin Al-Mizzi
Qadhi Al-Qudhoh Badruddin ibn Jamaah
Rasyiduddin Al-Hanafi
Abu Al-Abbas Ahmad ibn Farh Al-Isyibli
Telah sepakat penulis-penulis biodata Imam Nawawi bahawa beliau seorang ketua dalam kezuhudan, contoh dalam kewarakan dan tiada tandingan dalam menegur pemerintah, amar makruf dan nahi munkar. Antara sifat-sifatnya:-
Zuhud
Imam Nawawi mengosongkan diri daripada keinginan kepada makanan, pakaian dan perkahwinan dan mendapati kelazatan ilmu sebagai ganti yang cukup bagi semua itu. Diriwayatkan sesungguhnya beliau pernah ditanya: Kenapa kamu tidak berkahwin? Maka beliau menjawab: Aku terlupa; ini adalah kerana kesibukannya yang teramat dalam menghasilkan ilmu dan menyebarkannya.
Warak
Dalam hidupnya terdapat banyak contoh yang menunjukkan kewarakan. Beliau tidak terima hadiah atau pemberian daripada seseorang (kerana warak), dan tidak menerima barang kecuali daripada ibu bapanya dan kerabatnya. Ibunya hantar baju dan seumpamanya untuk dipakai, ayahnya hantar kepadanya makanan dan beliau tidur di biliknya yang didiami pada hari beliau sampai Damaskus di Madrasah Ar-Rahawiyah dan tidak mencari selain daripada itu sesuatupun.
Imam Nawawi tidak makan dalam sehari semalam kecuali sekali sahaja selepas Isyak dan tidak minum kecuali sekali sahaja ketika waktu sahur dan beliau tidak minum air sejuk.
Kesungguhannya:-
Imam Nawawi mempelajari dalam 12 kelas setiap hari. 2 dalam kitab (Al-Wasit bagi Al-Ghazzali), 1 dalam kitab (Al-Muhazzab bagi Asy-Syairazi), 1 dalam kitab (Al-Jam'u baina As-Sohihain bagi Al-Humaidi), 1 dalam kitab (Sohih Muslim), 1 dalam kitab (Al-Luma' bagi Ibnu Jinni), 1 dalam kitab (Islah Al-Mantiq bagi Ibnu As-Sakkait, 1 dalam ilmu Sorof, 1 dalam ilmu Usul Fiqh, 1 dalam nama perawi-perawi dan 1 dalam ilmu usuluddin.
Beliau mendengar pada guru-gurunya kitab:-
Sohih Bukhari
Sohih Muslim
Sunan An-Nasai
Sunan Ibnu Majah
Sunan Tirmidzi
Sunan Abu Daud
Muwatta' Malik
Musnad Asy-Syafie
Musnad Ahmad ibn Hanbal
Sunan Ad-Darimi
Musnad Abu Ya'la Al-Musili
Sohih Abu Awanah
Sunan Ad-Daraqutni
Sunan Al-Baihaqi
Syarah Sunnah bagi Al-Baghawi
Ma'alim At-Tanzil dalam ilmu tafsir bagi Al-Baghawi juga
'Amal Al-Yaum Wa Al-Lailah bagi Ibnu As-Sunni
Al-Jami' Liadab Ar-Rawi Wa As-Sami' bagi Al-Khatib Al-Baghdadi
Risalah Qusyairiah
Al-Ansab bagi Az-Zubair ibn Bakkar
dan ijazah-ijazah lain lagi.
Karangan-karangannya:-
Ilmu Hadis:-
Syarah Muslim
Syarah Sunan Abu Daud
Syarah Sohih Bukhari (sebahagian besar daripadanya)
Mukhtasar Sunan Tirmidzi
Khulasah Al-Ahkam min Muhimmah As-Sunan Wa Qawaid Al-Islam
Hilyah Al-Abrar
Riyadhus Salihin
Arbaun Nawawiyah
Al-Azkar
At-Taqrib Wa At-At-Taisir
Mustolah Hadis:-
Irsyad Tullab Al-Haqaiq
Ma Tamassu Ilaihi Hajat Al-Qari Li Sohih Al-Bukhari
Fiqh:-
Fiqh Syafie:-
Minhaj At-Tolibin
Raudhah At-Tolibin
Matan Al-Idhah fi Al-Manasik
Adab Al-Fatwa Wa Al-Mufti Wa Al-Mustafti
Al-Manasik As-Sughra
Al-Manasik Al-Kubra
Fiqh Muqaran:-
Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab (As-Subki dan Al-Muti'i telah sempurnakan karangan beliau ini)
Ulum Quran:-
At-Tibyan
Lain-lain:-
Tahzib Asma Wa Lughat
Tobaqat Fuqaha'
Tahrir At-Tanbih
At-Tarkhis bi Al-Qiyam
Bustanul Arifin
Wird/Hizb An-Nawawi
Al-Irsyad
Wafatnya;-
Beliau telah kembali ke negerinya, Nawa, pada akhir umurnya setelah memulangkan kitab-kitab yang dipinjam dan menziarah kubur guru-gurunya dan berdoa bagi mereka dan menangis, dan menziarahi sahabat-sahabat yang masih hidup, dan selepas beliau menziarahi ibu bapa beliau, beliau menziarahi Al-Quds dan Al-Khalil kemudian pulang ke Nawa dan jatuh sakit di sisi kedua ibu bapanya. Beliau pulang ke rahmatullah pada 24 Rejab 676 Hijrah. Ketika sampai berita kewafatannya ke Damaskus, dipenuhi bandar itu dan sekitarnya dengan tangisan, dan bersedih atasnya orang-orang Islam kesedihan yang teramat. Dikebumikan di negerinya Nawa dan makamnya masyhur di situ.
MOGA ALLAH RAHMATI BELIAU DAN TEMPATKKAN BELIAU DI TEMPAT YANG TINGGI DI SYURGA
Rujukan:
At-Tibyan; Cetakan Al-Haramain
http://ar.wikipedia.org/wiki/%D9%8A%D8%AD%D9%8A%D9%89_%D8%A8%D9%86_%D8%B4%D8%B1%D9%81_%D8%A7%D9%84%D9%86%D9%88%D9%88%D9%8A
http://islamstory.com/ar/%D8%A7%D9%84%D8%A5%D9%85%D8%A7%D9%85_%D8%A7%D9%84%D9%86%D9%88%D9%88%D9%8A

Subscribe to:
Comments (Atom)