Orang yang mahu mengamati kehidupan dalam pelbagai aspeknya, sama ada aspek material mahupun bukan material, pemikiran atau sosial, ekonomi dan politik, atau lainnya, maka [dia] akan mendapati kekacauan yang serius dalam hal membuat neraca (timbangan).
Di seluruh negeri Arab dan Islam kita menemukan pelbagai kenyataan yang sungguh menghairankan, iaitu adanya kecenderungan mendahulukan hal-hal yang berkaitan dengan masalah seni dan kemewahan materi daripada perkara yang terkait dengan masalah ilmu dan pendidikan.
Dalam kaitannya dengan aktiviti pemuda misalnya, kita melihat kenyataan bahawa sukan selalu memperoleh perhatian yang lebih daripada latihan intelektual (intellectual exercise). Seolah-olah pengertian penjagaan aset pemuda hanya identik dengan pemeliharaan aspek fizikal mereka. Apakah manusia itu fizikalnya atau akalnya dan jiwanya?
Kita dahulu pernah menghafal syair yang dikarang oleh Abu Fath Al-Basti yang amat popular, iaitu:-
يا خادم الجسم كم تسعى لخدمته
أتطلب الربح مما فيه خسران؟
أقبل على النفس واستكمل فضائلها
فأنت بالنفس لا بالجسم إنسان
"Wahai pengkhianat tubuh, berapa banyak engkau telah berupaya berkhidmat untuknya.
Apakah engkau mencari keuntungan dari sesuatu yang di dalamnya terdapat suatu kerugian?
Hadaplah pada jiwa dan sempurnakanlah kelebihan-kelebihannya.
Sebab engkau manusia kerana jiwa bukan kerana fizikal."
Sebelum itu kita juga menghafal sebuah syair dari Zahir bin Abi Salmah:-
لسان الفتي نصف، ونصف فؤاده
فلم يبق إلا صورة اللحم وألدم
فلم يبق إلا صورة اللحم وألدم
"Lidah pemuda adalah setengah dan setengah lainnya adalah hatinya;
maka tidak ada lagi yang tersisa kecuali gambaran daging dan darah."
Akan tetapi kita lihat sekarang bahawa manusia ternyata lebih mementingkan kekuatan jasmani daripada segala sesuatu.
Pada musim panas tahun lepas (1993), di Mesir, tidak ada isu yang lebih ramai diperbincangkan selain perpindahan seorang atlet. Berlaku persaingan antara beberapa kelab sehingga melonjak harganya naik sehingga mencapai tiga perempat juta pound (mata wang mesir).
Alangkah baiknya jikalau mereka mementingkan semua jenis sukan, khususnya cabang-cabang yang bermanfaat bagi masyarakat dalam kehidupan mereka sehari-hari. Namun. ternyata mereka lebih mementingkan sukan yang berbentuk persaingan (pertandingan), khasnya bola sepak yang dimainkan beberapa orang sahaja, sementara orang ramai yang lain hanya menjadi penonton.
Di sisi lain, kita juga melihat kenyataan bahawa ternyata para bintang
masyarakat dan nama-nama orang yang dianggap cemerlang di mata mereka
bukanlah para ulama, pendidik, pemikir atau pendakwah, akan tetapi
orang-orang yang mereka sebut adalah artis, seniman, atlet dan
sejenisnya.
Tidak ada topik yang lebih menarik bagi surat khabar, majalah, televisyen dan radio kecuali membincangkan tentang mereka, aktiviti, "kepahlawanan", pertualangan dan pelbagai informasi yang remeh. Sementara informasi lainnya sering kali diabaikan dan dilupakan.
Jika ada seniman meninggal dunia, maka bumi ini berasa bergetar-getar dan halaman-halaman surat khabar dipenuhi berita seputar itu. Tetapi jika seorang ulama, pujangga atau seorang guru besar meninggal, hampir tidak seorang pun merasakannya.
Dalam aspek kewangan, dikeluarkan sejumlah dana yang besar untuk keperluan sukan, seni, media massa dan menjaga stabiliti keamanan penguasa yang sering mereka sebut sebagai "stabiliti nasional", sehingga seorang tidak dapat menentang atau menyoalkan "Untuk apa semua ini?".
Sementara di sisi lain, sektor pendidikan, kesihatan, keagamaan, dan batuan-bantuan terhadap keperluan asas mengeluh kerana kekurangan dana. Kalaulah ada pengajuan dana untuk sektor ini, maka alasan yang muncul adalah tidak ada peruntukan sehingga perlu ada penjimatan. Padahal yang sebenarnya berlaku adalah seperti dikatakan orang, "Di sini berlaku penjimatan dan di sana berlaku pembaziran". Hal ini serupa dengan apa yang pernah diungkapkan Ibnu Muqaffa', "Aku tak pernah melihat suatu pembaziran kecuali di pihak yang lain terdapat hak yang diabaikan".
Nota: [...] adalah tambahan daripada penyunting.
Dipetik dan disunting daripada:-
Fiqh Keutamaan (Fiqh Aulawiyyat); Yusuf Al-Qardhawi; Perniagaan Jahabersa; Cetakan Kedua: 2010
Muka surat 9-11.
Wallahu 'Alam
Nota: [...] adalah tambahan daripada penyunting.
Dipetik dan disunting daripada:-
Fiqh Keutamaan (Fiqh Aulawiyyat); Yusuf Al-Qardhawi; Perniagaan Jahabersa; Cetakan Kedua: 2010
Muka surat 9-11.
Wallahu 'Alam
No comments:
Post a Comment