Saturday, December 1

Al-Imam Yahya ibn Syaraf An-Nawawi

Dialah Al-Imam Al-Hafiz Al-Faqih Al-Muhaddis, Pembela As-Sunnah dan Penentang Bidaah, Muhyiddin Abu Zakaria Yahya ibn Syaraf ibn Muri ibn Hasan ibn Husain ibn Muhammad ibn Jumaah ibn Hizam An-Nawawi Ad-Dimasyqi.

Dilahirkan di Nawa (Syria) -salah sebuah kampung di Hauran, satu kawasan yang besar merangkumi barat daya Syria dan barat laut Jordan, yakni daripada pinggiran Damaskus dan Gunung Hermon di utara sehinggalah ke pergunungan Ajloun di selatan- daripada sepasang ibu bapa yang soleh. Hizam pula merupakan moyangnya yang dahulu telah keluar dari Al-Jaulan (Golan Heights) ke Nawa dan menetap di sana. Allah SWT telah mengurniakannya keturunan sehingga bilangan mereka menjadi banyak dan adalah anatara mereka itu Imam ini.

Sesetengah cendekiawan di negerinya telah melihatnya ketika masih kecil tanda-tanda kebijaksanaan dan kecerdikan. Maka, mereka berjumpa dengan ayahnya dan berpesan kepadanya tentangnya. Ayahnya menggalakkannya dalam menghafaz Quran dan ilmu pengetahuan maka mulalah Imam Nawawi menghafaz Al-Quran dan belajar ilmu Fiqh ketika umurnya masih 10 tahun lagi. Dan mula belajar adab pada tangan para cendekiawan, meninggalkan permainan dan perkara yang melalaikan, fokus pada membaca Quran dan menghafaznya.

Kebetulan pada suatu hari Syeikh Yasin ibn Yusuf Al-Marakisyi lalu di bandar itu, maka dia terlihat kanak-kanak memaksa Imam Nawawi (ketika beliau kecil lagi) untuk bermain bersama tapi beliau lari dari mereka dan menangis kerana paksaan mereka itu. Lalu, beliau baca Quran.

Pada tahun 649 Hijrah ketika umurnya mencecah 19 tahun, Imam Nawawi telah pergi ke Damaskus bersama ayahnya untuk menuntut ilmu dan menetap di Madrasah Ar-Rahawiyah. Beliau telah hafaz kitab (At-Tanbih) dalam 4 bulan setengah, membaca (Al-Muhazzab bagi Asy-Syairazi) pada baki tahun tersebut pada Syeikhnya Al-Kamal Ishaq ibn Ahmad ibn Usman Al-Maghribi Al-Maqdisi iaitu gurunya yang pertama dalam bidang fiqh. Beliau sentiasa melazimi gurunya itu.

Guru-gurunya:-
Bidang Fiqh:-
Tajuddin Abdul Rahman ibn Ibrahim ibn Siba' Al-Fazari
Ishaq ibn Ahmad, Al-Kamal Abu Ibrahim, Muhaddis Madrasah Ar-Rahawiyah
Abu Muhammad Abdul Rahman ibn Nuh ibn Muhammad ibn Ibrahim ibn Musa Al-Maqdisi Ad-Dimasyqi, Mufti Damaskus
Sallar ibn Al-Hasan Al-Irili Al-Halabi Ad-Dimasyqi, Imam Mazhab Syafie pada zamannya

Bidang Usul Fiqh:-
Paling Masyhur daripada mereka: Abu Al-Fath Umar ibn Bundar ibn Umar ibn Ali ibn Muhammad At-Taflisi Asy-Syafie

Bidang Nahu dan Bahasa: -
Asy-Syeikh Abu Al-Abbas Ahmad ibn Salim Al-Misri An-Nahwi Al-Lughawi
Al-Fakhr Al-Maliki


Bidang Hadis:-
Ibrahim ibn Isa Al-Muradi Al-Andalusi Ad-Dimasyqi Al-Imam Al-Hafiz
Zainuddin Abu Al-Baqa' Khalid ibn Yusuf ibn Saad An-Nabulisi Al-Imam Al-Mufid Al-Muhaddis Al-Hafiz
Abdul Aziz ibn Muhammad ibn Abdul Muhsin Al-Ansari Asy-Syafie Syeikhul Syuyukh
Abu Al-Farj Abdul Rahman ibn Abi Umar Muhammad ibn Ahmad ibn Muhammad ibn Qudamah Al-Maqdisi
Imaduddin Abu Al-Fadhail Abdul Karim ibn Abdus Samad ibn Muhammad Al-Harastani Qadhi Al-Qudhoh Dan Khatib Damaskus
Abu Muhammad Taqiyuddin Ismail ibn Abi Ishaq Ibrahim ibn Abi Al-Yusr At-Tanukhi, Ulama Hadis besar
Jamaluddin Abdul Rahman ibn Salim ibn Yahya Al-Anbari Ad-Dimasyqi Al-Hanbali, Al-Mufti
Ar-Radhi ibn Al-Burhan
Zainuddin Abu Al-Abbas ibn Abd Ad-Daim Al-Maqdisi
Jamaluddin Abu Zakaria Yahya ibn Abi Al-Fath As-Sirafi Al-Harrani
Abu Al-Fadhl Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad Al-Bakri Al-Hafiz
Adh-Dhiya' ibn Tamam Al-Hanafi
Syamsuddin ibn Abi Amru dan selainnya dari peringkat zaman ini.

Anak murid:-
'Alauddin ibn Al-Attar
Syamsuddin ibn An-Naqib
Syamsuddin@Syihabuddin ibn Jau'an
Syamsuddin ibn Al-Qammah
Al-Hafiz Jalaluddin Al-Mizzi
Qadhi Al-Qudhoh Badruddin ibn Jamaah
Rasyiduddin Al-Hanafi
Abu Al-Abbas Ahmad ibn Farh Al-Isyibli

Telah sepakat penulis-penulis biodata Imam Nawawi bahawa beliau seorang ketua dalam kezuhudan, contoh dalam kewarakan dan tiada tandingan dalam menegur pemerintah, amar makruf dan nahi munkar. Antara sifat-sifatnya:-

Zuhud
Imam Nawawi mengosongkan diri daripada keinginan kepada makanan, pakaian dan perkahwinan dan mendapati kelazatan ilmu sebagai ganti yang cukup bagi semua itu. Diriwayatkan sesungguhnya beliau pernah ditanya: Kenapa kamu tidak berkahwin? Maka beliau menjawab: Aku terlupa; ini adalah kerana kesibukannya yang teramat dalam menghasilkan ilmu dan menyebarkannya.

Warak
Dalam hidupnya terdapat banyak contoh yang menunjukkan kewarakan. Beliau tidak terima hadiah atau pemberian daripada seseorang (kerana warak), dan tidak menerima barang kecuali daripada ibu bapanya dan kerabatnya. Ibunya hantar baju dan seumpamanya untuk dipakai, ayahnya hantar kepadanya makanan dan beliau tidur di biliknya yang didiami pada hari beliau sampai Damaskus di Madrasah Ar-Rahawiyah dan tidak mencari selain daripada itu sesuatupun.

Imam Nawawi tidak makan dalam sehari semalam kecuali sekali sahaja selepas Isyak dan tidak minum kecuali sekali sahaja ketika waktu sahur dan beliau tidak minum air sejuk.

Kesungguhannya:-
Imam Nawawi mempelajari dalam 12 kelas setiap hari. 2 dalam kitab (Al-Wasit bagi Al-Ghazzali), 1 dalam kitab (Al-Muhazzab bagi Asy-Syairazi), 1 dalam kitab (Al-Jam'u baina As-Sohihain bagi Al-Humaidi), 1 dalam kitab (Sohih Muslim), 1 dalam kitab (Al-Luma' bagi Ibnu Jinni), 1 dalam kitab (Islah Al-Mantiq bagi Ibnu As-Sakkait, 1 dalam ilmu Sorof, 1 dalam ilmu Usul Fiqh, 1 dalam nama perawi-perawi dan 1 dalam ilmu usuluddin.

Beliau mendengar pada guru-gurunya kitab:-
Sohih Bukhari
Sohih Muslim
Sunan An-Nasai
Sunan Ibnu Majah
Sunan Tirmidzi
Sunan Abu Daud
Muwatta' Malik
Musnad Asy-Syafie
Musnad Ahmad ibn Hanbal
Sunan Ad-Darimi
Musnad Abu Ya'la Al-Musili
Sohih Abu Awanah
Sunan Ad-Daraqutni
Sunan Al-Baihaqi
Syarah Sunnah bagi Al-Baghawi
Ma'alim At-Tanzil dalam ilmu tafsir bagi Al-Baghawi juga
'Amal Al-Yaum Wa Al-Lailah bagi Ibnu As-Sunni
Al-Jami' Liadab Ar-Rawi Wa As-Sami' bagi Al-Khatib Al-Baghdadi
Risalah Qusyairiah
Al-Ansab bagi Az-Zubair ibn Bakkar
dan ijazah-ijazah lain lagi.

Karangan-karangannya:-
Ilmu Hadis:-
Syarah Muslim
Syarah Sunan Abu Daud
Syarah Sohih Bukhari (sebahagian besar daripadanya)
Mukhtasar Sunan Tirmidzi
Khulasah Al-Ahkam min Muhimmah As-Sunan Wa Qawaid Al-Islam
Hilyah Al-Abrar
Riyadhus Salihin
Arbaun Nawawiyah
Al-Azkar
At-Taqrib Wa At-At-Taisir

Mustolah Hadis:-
Irsyad Tullab Al-Haqaiq
Ma Tamassu Ilaihi Hajat Al-Qari Li Sohih Al-Bukhari

Fiqh:-
Fiqh Syafie:-
Minhaj At-Tolibin
Raudhah At-Tolibin
Matan Al-Idhah fi Al-Manasik
Adab Al-Fatwa Wa Al-Mufti Wa Al-Mustafti
Al-Manasik As-Sughra
Al-Manasik Al-Kubra

Fiqh Muqaran:-
Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab (As-Subki dan Al-Muti'i telah sempurnakan karangan beliau ini)

Ulum Quran:-
At-Tibyan

Lain-lain:-
Tahzib Asma Wa Lughat
Tobaqat Fuqaha'
Tahrir At-Tanbih
At-Tarkhis bi Al-Qiyam
Bustanul Arifin
Wird/Hizb An-Nawawi
Al-Irsyad

Wafatnya;-
Beliau telah kembali ke negerinya, Nawa, pada akhir umurnya setelah memulangkan kitab-kitab yang dipinjam dan menziarah kubur guru-gurunya dan berdoa bagi mereka dan menangis, dan menziarahi sahabat-sahabat yang masih hidup, dan selepas beliau menziarahi ibu bapa beliau, beliau menziarahi  Al-Quds dan Al-Khalil kemudian pulang ke Nawa dan jatuh sakit di sisi kedua ibu bapanya. Beliau pulang ke rahmatullah pada 24 Rejab 676 Hijrah. Ketika sampai berita kewafatannya ke Damaskus, dipenuhi bandar itu dan sekitarnya dengan tangisan, dan bersedih atasnya orang-orang Islam kesedihan yang teramat. Dikebumikan di negerinya Nawa dan makamnya masyhur di situ.

MOGA ALLAH RAHMATI BELIAU DAN TEMPATKKAN BELIAU DI TEMPAT YANG TINGGI DI SYURGA

Rujukan:

At-Tibyan; Cetakan Al-Haramain

http://ar.wikipedia.org/wiki/%D9%8A%D8%AD%D9%8A%D9%89_%D8%A8%D9%86_%D8%B4%D8%B1%D9%81_%D8%A7%D9%84%D9%86%D9%88%D9%88%D9%8A

http://islamstory.com/ar/%D8%A7%D9%84%D8%A5%D9%85%D8%A7%D9%85_%D8%A7%D9%84%D9%86%D9%88%D9%88%D9%8A

1 comment: